Thursday, July 24, 2008

Lembut Berbicara Dengan Suami

Isteri yang solehah tidak pernah meninggikan suaranya dengan suami,malah suaranya yang lembut dan sopan akan mendamaikan jiwa suami yang berada didalam keadaan gundah gulana tetapi berapa ramai perempuan akhir zaman ini yang sentiasa berbicara lembut dan sopan dengansuami mereka.Berbagai alasan yang mereka berikan untuk membenarkan perkara yang salah yangmereka lakukan.Mungkin anda sendiri mengalaminya,terlalu penat berkerja luar dan pulang dalam keadaan letih atau dimarahi bos dipejabat maka suami dijadikan mangsa atau terlalu penat buat kerja rumah atau suami terlalu mengongkong kononnya.Walau apapun alasan anda,selayaknya anda ditempelak sekiranya anda biadap dan berkasar dengan suami anda.Cuba anda bayangkan anda berada dibawah suami yang zalim atau suami yang jahat perangainya mengarahkan anda melakukan perkara yang terkutuk.Bukan sahaja anda tidak berani meninggikan suara kepadanya malah mungkin anda dibelasah dengan teruknya.Saya bersyukur kerana mendapat suami soleh dan baik.