Monday, June 23, 2008

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Seorang isteri itu akan menjadi solehah..mudah sahaja:
  1. Taat Allah dan Rasul.
  2. Taat suami selagi suami tidak memerintahkan sesuatu perkara yang bertentangan dengan perintah Allah.
  3. Jaga aurat diri dan jaga maruah suami.
  4. Jaga hartabenta suami termasuklah diri anda,anak-anak,dan lain-lain.
  5. Tidak mengizinkan sesiapapun memasuki rumah ketika suami tidak ada apa lagi penjual karpet dan sebagainya(bahaya tau).
  6. Jangan mendesak suami tentang perkara yang dia tidak mampu mendapatkannya.
  7. Jangan berhutang dan membuat sesuatu tanpa izin suami.
  8. Bermanis mulut dengan suami dan keluarganya.
  9. Memenuhi kehendak suami apabila ia berkehendak dengan cara diredhoi Allah.

Tuesday, June 17, 2008

ISTERI SOLEHAH.

Assalamualaikum,apa khabar semua.Tajuk yang terdapat di blog saya ini selalu anda dengar..bukan?Ianya senang dibicarakan tapi amat sukar untuk dipraktikkan.Tentu para isteri ingin menjadi isteri solehah sebab keuntungannya di dunia dan di akhirat sangat besar.Tapi bagaimana ya,jika anda memiliki suami yang jahat dan memaksa anda berbuat jahat?.Saya bersyukur.."Alhamdulillah"kerana dimiliki oleh suami yang baik dan soleh,maka sangat mudah bagi saya untuk menyusun strategi menjadi isteri solehah...tapi,kadang kala mulut saya yang celupar ini dan tingkah saya yang jahat ini sering menguris hati suami...mudah-mudahan suami saya mengapunkan tingkah ini.Aminnnnnnn.