Monday, May 25, 2009

Menjaga Kemaluannya.

Bila berbicara tentang kemaluan seperti suatu perkara yang memalukan tetapi tentu puan-puan tahu bahawa jika kemaluan seorang isteri tidak dijaga maka ia menjadi punca isteri itu dilaknat Allah di dunia dan akhirat.Zaman dan masa kini kita hampir sudah menjadi alpa bahawa ramai isteri-isteri menyerahkan kemaluannya untuk orang lain.Ketahuilah bahawa anda adalah ahli neraka jika sedemikiannya berlaku.Seorang isteri solehah mesti menjaga rohani dan jasmani kemaluannya.Rohaninya hendaklah dipastikan kemaluan anda hanya hak suami anda.Jasmaninya ,jaga kesihatan dan kebersihan kemaluan anda supaya sentiasa bersih dan kenyal bagi membahagiakan suami anda.Pastikan ,gunakanlah pemakanan tradisional yang bersesuaian dengan kemahuan suami anda.

Thursday, July 24, 2008

Lembut Berbicara Dengan Suami

Isteri yang solehah tidak pernah meninggikan suaranya dengan suami,malah suaranya yang lembut dan sopan akan mendamaikan jiwa suami yang berada didalam keadaan gundah gulana tetapi berapa ramai perempuan akhir zaman ini yang sentiasa berbicara lembut dan sopan dengansuami mereka.Berbagai alasan yang mereka berikan untuk membenarkan perkara yang salah yangmereka lakukan.Mungkin anda sendiri mengalaminya,terlalu penat berkerja luar dan pulang dalam keadaan letih atau dimarahi bos dipejabat maka suami dijadikan mangsa atau terlalu penat buat kerja rumah atau suami terlalu mengongkong kononnya.Walau apapun alasan anda,selayaknya anda ditempelak sekiranya anda biadap dan berkasar dengan suami anda.Cuba anda bayangkan anda berada dibawah suami yang zalim atau suami yang jahat perangainya mengarahkan anda melakukan perkara yang terkutuk.Bukan sahaja anda tidak berani meninggikan suara kepadanya malah mungkin anda dibelasah dengan teruknya.Saya bersyukur kerana mendapat suami soleh dan baik.

Monday, June 23, 2008

Ciri-Ciri Isteri Solehah

Seorang isteri itu akan menjadi solehah..mudah sahaja:
  1. Taat Allah dan Rasul.
  2. Taat suami selagi suami tidak memerintahkan sesuatu perkara yang bertentangan dengan perintah Allah.
  3. Jaga aurat diri dan jaga maruah suami.
  4. Jaga hartabenta suami termasuklah diri anda,anak-anak,dan lain-lain.
  5. Tidak mengizinkan sesiapapun memasuki rumah ketika suami tidak ada apa lagi penjual karpet dan sebagainya(bahaya tau).
  6. Jangan mendesak suami tentang perkara yang dia tidak mampu mendapatkannya.
  7. Jangan berhutang dan membuat sesuatu tanpa izin suami.
  8. Bermanis mulut dengan suami dan keluarganya.
  9. Memenuhi kehendak suami apabila ia berkehendak dengan cara diredhoi Allah.

Tuesday, June 17, 2008

ISTERI SOLEHAH.

Assalamualaikum,apa khabar semua.Tajuk yang terdapat di blog saya ini selalu anda dengar..bukan?Ianya senang dibicarakan tapi amat sukar untuk dipraktikkan.Tentu para isteri ingin menjadi isteri solehah sebab keuntungannya di dunia dan di akhirat sangat besar.Tapi bagaimana ya,jika anda memiliki suami yang jahat dan memaksa anda berbuat jahat?.Saya bersyukur.."Alhamdulillah"kerana dimiliki oleh suami yang baik dan soleh,maka sangat mudah bagi saya untuk menyusun strategi menjadi isteri solehah...tapi,kadang kala mulut saya yang celupar ini dan tingkah saya yang jahat ini sering menguris hati suami...mudah-mudahan suami saya mengapunkan tingkah ini.Aminnnnnnn.